Surau adalah tempat untuk…

• tag under:
Jun
10
2009

Aku ada baca dalam isuhangat.blogspot sebelum ini berkenaan memo solat semasa waktu bekerja. Post tu pun mungkin dalam tiga/empat minggu lepas kot dan surat minta maaf dari that company pun sudah di publish di situ.

Pertama sekali, aku nak tekankan, memanglah agak kurang sopan (boleh dibaca: biadap) apabila adanya memo dikeluarkan sebegitu. Cuma, jika diperhatikan, memo itu mengatakan tidak boleh solat semasa waktu bekerja, bukanlah waktu rehat ataupun selepas waktu bekerja (tak silap akulah). Oleh kerana itu, aku terasa nak berkongsi pandangan aku berkenaan waktu rehat dan waktu bekerja bagi pekerja pejabat.

Aku cuba sampaikan secara mudah, sebabnya aku tak pandai buat ayat, jadi aku minta maaf jika ada yang terasa dengan apa yang aku tulis. Sebenarnya, aku pun tak pasti samada nak publish ataupun tidak, tetapi, ntah, terpublish juga.

Oklah, pandangan aku boleh diketepikan/diabaikan sekiranya:


1. Waktu berehat bukan pukul 1-2 petang.
2. Tiada kemudahan surau disediakan.
3. Majikan memang dasar keparat a.k.a waktu rehat dan selepas bekerja pun tak boleh sembahyang.

Perkara pertama yang dapat aku perhatikan, sekiranya seseorang itu keluar makan di luar, semestinya akan mengambil masa yang lebih lama. Mungkin boleh dimaafkan jika memang tiada tempat makan terdekat. Tetapi, kalau kerja memang dekat dengan kawasan tempat makan, takkan hari-hari keluar makan jauh, unless kene entertain client. Contohnya, bekerja di Midvalley/bangunan sebelah Midvalley tu, makan di sekitar situ, pun, takkan ambil masa sejam setengah? Kalau dah tahu ramai orang, tapau jelah. Bukannya office tu jauh pun.

Pada aku itu bukanlah alasan untuk balik lewat sebenarnya. Sebab aku pernah makan di Uptown Damansara dan sempat balik ofis di SS2 sebelum pukul 2. Mungkin bernasib baik parking kot. Itu dah dikira perlu pandu kereta keluar. Out of context. Hehehe..

Ok, sekiranya keluar untuk tapau, mungkin kedai makan jauh dari pejabat, masa yang mungkin diambil dalam setengah jam atau lebih kot (ini berdasarkan perkiraan ofis di SS2 dan beli di SS14 – kawasan berlainan). Lebih baik makan kat situ daripada tapau. Gila susah nak cari parking. Yang aku selalu lihat, makan di dalam pejabat kadangkala mengambil masa setengah jam.

Apa yang dibuat? Berborak-borak. Dan kemudian habislah satu jam itu. Waktu bila sembahyang? Pukul 3.00 petang dan ke atas. Yang paling best, pukul 4 lebih kononnya nak terus sembahyang Asar sekali.

I’m not against semua ni, tapi, jika pandai atur waktu, seharusnya boleh bersembahyang dalam masa pukul 1 -2 petang. Kalau kene korbankan waktu makan kerana nak bersembahyang, aku tidak rasa ada salahnya. Melainkan kalau gastric, ataupun jika tak makan, tangan terketar-ketar dan pengsan, ataupun mengandung itu cerita lain. Masa yang diperuntukkan pada aku sebenarnya sudah mencukupi. Pengecualian jika surau penuh (which I highly doubt) dan Zohor masuk pada pukul 1.55 petang dan ke atas. Itu sudah cerita lain.

Juga, melainkan kerja terlalu banyak dan lunch hour terpaksa dikorbankan, aku percaya, majikan akan bertimbang rasa untuk membenarkan pergi sembahyang. Bukannya lama pun, sepuluh minit max. Tapi kebiasaannya aku perhatikan ambil masa lebih dari 15 minit. Yang perempuannya, betul-betulkan tudung dah lima minit, make up tambah lagi lima minit, ko bukannya receptionist nak kene lawa gila-gila. Pengecualian untuk mereka yang selalu kene jumpa client. Memang diorang kene selalu lawa.

Kemudian, berkenaan sembahyang Asar pula, katakan habis kerja pada pukul 5.30 petang, kita boleh melaksanakan solat selepas waktu kerja. Memanglah sembahyang di awal waktu itu tuntutan, tetapi pada aku kita boleh melewatkannya kerana adanya tuntutan kerja. Bukannya kita tidak sembahyang langsung. Lagipun, waktu bekerja sudah tamat. Jika majikan tidak membenarkan, itu sudah menyalahi Labour Law. Tak silap akulah. Pengecualian untuk majikan yang sangat sucks. Tapi, ini tidak, 5.30 petang on the dot, dah punch card nak balik. Kemudian cakap tak sempat sembahyang kat rumah sebab itu kene sembahyang kat pejabat. Apa salahnya sembahyang dahulu sebelum balik. Kenapa nak ambil masa pejabat?

Lagi satu, berkenaan surau, kita lihat kembali post title aku, surau adalah tempat untuk sembahyang. Yang menyebabkan ada majikan yang memandang serong kepada orang Islam yang betul-betul nak bersembahyang adalah kerana terdapatnya mangkuk-mangkuk yang menjadikan surau itu tempat untuk melepak dan tidur. Itu memang aku tak dapat nafikan. Memang ada. Come on lah, jangan gunakan surau sebagai tempat untuk tidur. Jangan ambil kesempatan.

Seperkara aku nak tambah, aku pernah bekerja dengan dengan mereka yang mengambil kesempatan mengular masa kerja, pergi hisap rokok, pergi minum kopi, kemudian buat overtime, dan tanpa rasa bersalah claim overtime. Waktu kerja pada diorang bermula selepas office hour. Seriously, aku selalu terfikir, duit gaji yang diorang dapat tu, halal ke tidak?

Kesimpulannya, pada aku, kenelah pandai bahagikan masa. Makan memang makan, tapi jika sudah mengambil masa waktu bekerja hanya kerana berborak-borak semasa waktu rehat, tak terfikir ke gaji yang kita dapat itu macam tak berkat. Errr… same goes to surfing the internet, ber YM. Unless memang confirm takde kerja. Hahaha.. Yet, itu bukan alasan untuk buat perkara lain. Huhuhuhu… That part, memang aku cuba sedaya upaya elak even though memang takde kerja. Still trying, though.

Related posts:

4 Responses to the above story-morry

  1. ariffah »
    June 10th, 2009

    just my 2 cents…aku rasa sempat tu solat zohor time lunch hour, macam firm aku..lunch hour mula jam 12 noon, pilih la nak mula jam 12 or 1, but between 12 -2 mmg xde keje sgtlh sbb lunch time.tp aku selalu gak solat after 2pm, depends kalau aku x take a break time lunch hour.so far, no prob sbb aku solat dlm meeting room, sekejap je.
    bab instant messaging tu..aku pun online gak kalau job dah abis or available (xde keje la).firm aku ada own instant messaging..utk pwc staff around the world le :) kitaorg dibenarkan online shopping and surf internet etc during lunch time..besh2

  2. izpuri »
    June 11th, 2009

    Aku pun pernah keje kat satu company ni, sembahyang dalam meeting room, actually kat mana-mana yang bolehlah kiranya. It is a matter antara nak atau taknak je. Yang taknak tu yang buat perangai. Best ke online shopping tu?? Mmmmm..

  3. a wife, mother and an employee »
    June 11th, 2009

    puri, kat sini mana de facilities mcm msia..mana de surau..so, kat atas rumput, bwh pokok ke..parking area ke..celah kabinet (kalau meeting rooms occupied)semua tu dah dikira tmpat yg bagus utk solat..aku setuju psl org2 yg selalu salah guan surau yg jadikan tempat tido and mekap2 plak.

    online shopping tu aku suka..sebab now dgn perut bulat ni aku xpyh bersesak dlm shops. tu je lah yg bestnya..satu lg free delivery :)

  4. izpuri »
    June 12th, 2009

    Nanti aku akan try jugak check online shopping nih..

Leave a
Comment ↓

Share your thought, type a comment