Random..
1. Minggu lagi satu – 15hb mula bekerja. Cepat sungguh masa berlalu. Apa yang berlaku dalam masa nak dekat 2 bulan ni? Banyak. Kita tahu true colors orang. Apa perasaan menjadi seorang ibu? Ntah. Hahahaha.. Masih kekok. Terukkan? Masih tak pandai nak menenangkan Daniel bila dia melalak. Oh, ye. Dia bukan jenis yang ek, ek, ek punya, jenis yang UWAAAAAAAAAAAAAAA… And unfortunate, mak nya tak pandai nak comfort. Memang ada ye baby yang cenggini. Melalak kuat. Dan yang paling tak best adalah, dengan orang lain dia ok je. Sehinggakan mak aku cakap, aku tak ikhlas. I mean seriously? Kecik hati sungguh. Dan, husband pulak, mmmm… Anyway, even dia takmo dengan aku, minggu lepas berat 5.09kg. Membesar menggunakan susu ibu (ngelat..).

ps: Aku nak elakkan pacifier,tapi, mmmm… maaflah..
2. Bercakap pasal susu ibu. Cabaran sungguh. Betul. Nak kata takde support, macam ada. Tapi lebih kepada macam takdelah. Susu tak cukuplah. Susu sikit. Daniel tak puas. Daniel lapar. Blablabla.. Mmmm… Minggu pertama dan pertengahan minggu kedua, redha je lah bila mak dan husband top up dengan FM. Tapi, aku gagahkan diri suakan susu cap gantung kat Daniel. Yelah, dah tak stimulate, macamana nak ada. Betul tak? Takkan nak guna breastpump semata-mata, sementara masih ada peluang, suruhlah nyonyot.
3. Bila sebut breastpump, aku guna jenama Medela. Nak dekat umur Daniel sebulan, aku pun start la pump. Bukan sebab rasa penuh ke, bengkak ke, which aku takde perasaan dan perasan pun mende ni berlaku, tapi, pump dengan harapan nak stimulate dan buat stock. Duh! Ha, yang ni pun satu cabaran. Mak aku complaint. Dia cakap takde pekdah-pekdah buat stock. Dan, Daniel tak puas BF. Tak cukup. Hmmm.. Tapi, dalam dia complaint, inilah keberhasilan dari bangun malam-malam. Aku cuma buat 2 kali sehari, ada time 1 kali je. Eh, macam trend plak tayang EBM ni! Hahaha…

4. Tutup cerita pasal anak. Cerita pasal mak pulak. Sempena nak BF, aku rajin sungguh membeli online di website – enjoybreastfeed. Paling murah yang aku pernah jumpa. Beli nursing wear – tapi bukan yang fesyen muslimah punyalah. Beli barang babylah. Ada lagi yang murah tak compare to that website? Dan, jangan tak tahu, aku berjinak membeli tudung Syria sebab senang nak pakai bila keluar. Kiranya my first tudung Syria. Ada masa aku upload gambar. Aku kan poyo. Mmmm… Aku beli di farahinarah. Ntah, macam susah nak jumpa tudung syria yang cantik. Kenapa aku tak pakai tudung express tu? Ntah, sebab ada awning kot. Tak gemar plak.
5. Lagi pasal maknya aka aku. Dah cutikan, pastu terasa duit macam banyak (POYO!), memang siap dah beli baju untuk pergi kerja dan berjalan. Aku memang teringin nak beli dari thepoplook. Dapatlah 2 helai. Tapi, tak sesuai nak BF dan pump.

Ps: Bukan ni je. Banyak lagi yng aku beli, seperti di post ini dan ini, itu tak campur yang tak ambil gambar. Hahaha.. Pokai.
6. Dahlah..malas nak cerita dah. Ok. Tata. Selamat berpuasa.
ps: Kuatkan semangat selepas bersalin. Takut meroyan pulak. Kalau husband tak pedulikan anda, kuatkan semangat. Kalau mak sendiri tak support dan menganjing, kuatkan semangat. Goodluck.
August 6th, 2011
iz,best kan dh de baby..citer la sket apa usaha..buat panduan..
August 6th, 2011
Ada time tu kecik hati. Kahkahkah.. Make sure ko kuat semangat lepas bersalin. Macam aku, breastfeed tak berapa ada support. Emotional pun cenggitu especially aku ni fail part baby. Setakat tukar lampin baby, kasik pek, so on ok. Tapi kalau nangis, fail nak comfort. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal breastfeed, ko boleh check kat susuibu.com. Sangat comforting.
Tapi, soalan ko usaha ni usaha apa ek? hehehe..yo yo an je menjawab.
August 8th, 2011
Aku dulu pun husband tak bg support…boleh tak baru bersalin dia pergi main golf bagai…tukang urut pun dia tak carikan…aku nangis2 call mak aku suh datang ambik…seb baik kakak ipar aku dgr aku nangis…pastu husband aku kena marah…hahaha…padan muka…thats why aku dah tak bersalin sbb dah serik…2-2 anak pun macam tu…serik wehhhh
August 9th, 2011
Siannya ko..tapi, dari pembacaan blog ko pun aku ada notice mende ni. ko memang tabah orangnya…
August 9th, 2011
don’t worry puri, anak first memang semua rasa kekok. comel sgt daniel. lama2 insyallah ok. take care ok. aku dulu berpantang kat negara org, agaknya culture sana lain dari sini, so setakat husband sorang kat sisi pun dah ok (tu pun doctor pesan dgn garang kat dia suh jaga aku elok2..hehe)
August 10th, 2011
same jugak! time ayra dulu (abb anak 1st kot) masing2 kekok. mmg aku dok ngan mama, tp mama stil keje mase tuh. ngan skolah, ngan bisnes. so, aku konon2 tabah settlekan bende sendri. konon tak smp ati nk kejut hubby tgh mlm sbb dia keje. 2x aku demam dlm pantang. doc siap pesan, hubby mesti tolong! time weekend, konon nk harapkn dia jaga, tp dia heboh nk blk kampung lak. mmg byk pancaroba gak time dlm pantang neh. emosi tunggang langgang. then, bile ayril lahir, aku mmg no mercy sket. mmg aku gegar soh dia jaga gak. hihi. alhamdulillah, aku takde demam. kiukiukiu.. BF ni mmg kena ade support. cam einun slalu ceta.. aku awalnye kureng gak support dr mama& hubby time ayra. tp time ayril, better la sket. stil, tak lame pon aku fully BF. i believe tiap org ade issue dlm rumahtangga (kecuali cipun, nisa & einun.. ehhh.. ahahahah) sometimes we didnt blog about it. tp deep down inside, doa byk2 supaya better things will come.
p/s : sape nk jadik geng ngumpat+luahrase aku? sbb biras aku dah betray! aku nk buat geng baru. ahahah
August 10th, 2011
thanks..aku malu gak kadang2 bila rasa kekok tu menjelma. seboleh-boleh aku nak melepasi tahap ke-kekokan tu secepat mungkin. tapi, humang aih..lembap. tu yang asyik kene, “aku ni lembap”. huhuhu… thanks semua… chaiyok!
August 13th, 2011
biasalah bab kekok2 ni. seb baik aku ni xde mslh sgt ms pantang cz dijaga sepenuhnya oleh family aku.
hb kira 50 – 50 lah…..