April 16th, 2011 , random
Barang berjenama, perlu berkira ke?
Aku tak tahu nak buat tajuk apa. Redah je lah.
Tadi aku bercakap dengan en suami. Aku mencari nursing bra. Dia pun bagitahu, budak ofis dia beli kat Giant/Tesco (yo ko? hahaha). Murah-murah je. Aku selalu fikir mende ni. Maksud aku, barang yang dipakai di badan, ada sesetengah orang, memang berjenama dari atas sampai ke bawah. Ada yang mungkin pakai separuh mahal, separuh agak murah. Ok, berbalik pada kemampuan sendiri lah.
Macam aku, barang paling mahal aku beli ada beberapa. Tapi semuanya pada kasut dan beg. Exhibit A adalah beg Coach dan kasut-kasut. Yang paling mahal adalah Stuart Wietzman.

Kenapa dua barang ni mahal?
Kenapa kalau beli tudung aku berkira ye? Contohnya, kalau tudung bawal tu, kalau boleh nak bawah RM40. Dah tu nak pakai tudung bawal nak yang bersulam atau manik-manik. Jahitan tepi taknak yang benang kaler-kaler tu. Nanti nampak murah. Masalahnya atas dari RM40 tak nak beli. Shawl, kalau boleh nak beli RM10 ke bawah sahaja. Nak yang cantik sahaja. Nasib tak pakai tudung sarung tu. Kalau tak Ariani sehelai dah berapa? RM70 ek untuk yang plain? Baju, kalau boleh dapat bawah RM20 kira dah happy sangatlah. Pergi jusco, nak beli waktu sale sahaja. Even yang lingerie pun pakai yang murah-murah. Mana beli panties? Giant? Hahaha.. Err..a few months back cuba beli Victoria Secret, tapi macam tak best. Cuma, seriously, memang boost confident. Sungguh! Hahaha..
Terasa bias pun ada, yelah..kenapa kasut dan beg mesti mahal? Untuk menyedapkan hati sendiri, kasut mesti selesa sebab nak berjalan, bag mesti tahan lasak. Kualiti seh. Tapi, on one part, hello..tudung, baju, seluar kan untuk menutup apa-apa yang patut ditutup. Kemudian, inner wear, itukan bahagian yang paling intimate. Yang sepatutnya dijaga lebih. Hehe.. Kenapa perlu berkira?
Aku tak pastilah orang lain macamana, tapi, ada ke orang yang macam aku?





