September 11th, 2008 , life, people

Jiran kakakku yang kelakar

Cerita ini adalah berkenaan jiran kakak aku di Manjung.

Kakak aku tinggal di Manjung, Perak. Sebelum ini dia tinggal di rumah cikgu di Pantai Remis dan dia berpindah ke Manjung tahun lepas kerana suami dia beli rumah di situ. Buat pengetahuan, suami kakak aku Navy, ye. Dan, oh, mak aku sangatlah rajin pergi sana, yelah… anak kesayangankan…

Oleh kerana kerajinan bertandang ke rumah kakak aku, satu hari, mak aku terfikir nak tanam pokok di tanah berumput di hadapan rumah kakak aku tu. Sila tengok gambar di bawah.

Yelah, dia tengok orang lain yang rumah berhadapan ada yang buat, jadi dia pun nak tirulah jugak. Lagipun, tanah depan rumah kakak sekangkang kera je. Mak aku tanya Majlis Daerah Manjung samada dibenarkan tanam ataupun tidak, dan diorang kata, “wokeh makcik, takde masalah, tanah tu under Majlis Daerah”. Jadi, mak aku pun tanpa berlengah lagi, beli pokok mangga, dan pokok apa ntah dan memulakan sesi menanam pokok. Lagipun, rumah tepi tu tak tanam apa-apa pun kat situ. Ini pada bulan 4 tahun ini. Perlu diingatkan, jiran hadapan tu dah menduduki rumah itu jauh lebih awal dari kakak aku.

Dan kini bermulalah cerita yang kelakar, petang itu mak aku tanam pokok tu, dan kebetulan petang tu jugak kitorang balik KL semula. Esok pagi-pagi kakak aku telefon, dah ada pokok lain yang tumbuh. Kakak aku agak, orang rumah tepi tu, malam tu jugak pergi beli pokok dan tanam pokok malam-malam kot. Tapi, tak kisahlah, itu tepi rumah diakan… Tapi, yang kitorang nak gelak sebenarnya, kalau betul dia tanam pokok kat luar rumah, tapi kalau tengok halaman rumah dia (rumah lot tepi tu besar jugak halaman dia), dia tanam lalang. Subur pulak tuh. Tu yang tak tahan nak terguling-guling bila tahu dia buat macam tu.
Tengok gambar di bawah,

more →

August 26th, 2008 , ghetique, random

Kucing mati jika ambil gambar?

ghetique

Dulu, dulu-dulu, aku ada bela kucing. Masa tu umur aku lebih kurang 9 tahun. Eh, sebenarnya bukan aku, bapak aku. Dia suka bawak balik kucing. Rasanya semua kucing yang di jumpa dekat mes dia bawak balik kot. Rumah aku jadi tempat penternakan kucing.

Berapa banyak?
Hampir 20 ekor (jap, mungkin lebih). Huh.

Yang best tentang bapak aku dan kucing-kucingnya?

Beli ikan untuk kucing yang mahal, tapi beli ikan untuk anak dia yang murah.
Tu sebab aku sayang bapak aku. Dia sangat menyayangi binatang. Tak baik tau kasik makanan murah kat binatang, nanti kalau kucing nak muntah, dia muntah merata. Manusia takpe, kalau muntah reti cari tandas. Betul tak?

Eh, lari tajuk pulak.
Okaylah, apa kaitan dengan tajuk di atas?

Dulu-dulu, aku tiada kamera. Menumpang orang je kalau nak ambil gambar. Kebetulan jiran aku ada kamera. Jadi, rajinlah aku menumpang. Kebiasaannya, semasa kitorang bergambar, adalah dalam beberapa ekor kucing tak sedar diri ini akan turut serta.

more →

August 20th, 2008 , life

Aku jatuh

Yay!
Ye…
Aku jatuh.
Bukan jatuh cinta lagi.
Oh, itu seperti bebudak sekolah atau bebudak baru abih universiti je.
Aku…
Jatuh tangga rumah.
Kenapa?
Main kejar-kejar dengan getik atas nasihat Syafa, aku akan gunakan ejaan Ghetique.
Huh.
Kengkonon aku ber exercise dengan Ghetique di dalam rumah.
Aku kejar dia, dia kejar aku.
Aku terkam dia, dia terkam aku.
Oh, indahnya percintaan, eh, permainan kami berdua.

Kemudian, dengan penuh bergaya aku melompat ke atas tangga, kengkononnya lagi nak menyerang Ghetique dari atas tangga…
Apakan daya, taktik dah ada, cuma perlaksanaan tersasar.
Kurang 2 anak tangga.
Kemudian aku terdampar di bawah, sambil Ghetique menggedik dengan aku (bila aku cakap gedik, aku maksudkan dia gigit dengan penuh jayanya kaki aku yang sakit itu).
Aku mendengar gelak ketawa, back up vocal yang sungguh sumbang dari tepi aku.
Huh.
Mak dan kakak aku seiringan bernyanyi sumbang.
Huh.

Hasilnya:

Terseliuh.
Bengkak dekat dengan buku lali (enche suami cakap itu dipanggil kekura, mmmm..kekura???).
Aku dah ambil gambar, tetapi, errrr… malulah nak tunjuk sebab kaki i buruk you… awwwww…

Oh,
mesti akan ditanya, tak pergi berurut?
Aku tak suka diurut. Jadi, jawapannya: TIDAK.
Ye, ye. Aku tahu, tak bagus. Tapi, aku takmo urut. Cukup zaman kanak-kanak aku diurut.
Tapi, aku pergi jumpa doktor (aku jumpa doktor???), pergi injit kat bontot.
Sakit tuuuuuu…
Bukan injit tu (meskipun bontot aku seperti padang bola, tetapi, masih ada lemak dan daging yang melekat di situ ye), kaki aku lah.
Ni, sekarang menuam je.
Dan yang hanginnya, Ghetique asyik nak attack kaki aku yang terseliuh tu (nasib baik sebelah je – kaki kiri).
Aku terajang kang getik nih. Masa indah kami berdua tamat lebih awal. Huh.

Update: Oleh kerana aku gedik, aku nak letak jugak gambar kaki aku yang nampak urat tu.

August 19th, 2008 , life, people

PTPTN oh PTPTN

P/s: Post ini bukan untuk bekas graduan tahun 2007 dan tahun minyak naik. Mereka tidak bernafas lagi. Post ini hanya untuk mereka yang dah lama graduate dan kepada mereka yang tak habis pun belajar lagi (tapi terima kasihlah kerana perjuangkan hak orang yang dah habis belajar, eh, maaf, hak diri sendiri). – Oleh kerana aku telah membuat kengkawan terasa, aku dengan rendah diri minta maaf di atas kekasaran bahasa aku.

Pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hanya perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak satu peratus berikutan keputusan Kabinet semalam bersetuju menurunkan kadar caj berkenaan, berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Berita Harian

Itu cerita minggu lepas. Satu rahmat kepada aku. Eh, silap. Kepada suami aku.
Terima kasih PTPTN.
Tapi, bukan penurunan ini yang aku nak bebelkan.
Berkaitan dengan satu sms dalam Sinar Harian yang aku baca minggu lepas.
SMS oleh Bekas Graduan 2000.
Aku malas nak taipkan satu persatu, tapi lebih kurang begini:

more →

Page 32 of 33« First...10202930313233