September 15th, 2008 , humor, people
Pemandu di Malaysia
Aku suka memandu, terutama di highway. Sebabnya boleh bawa laju, dan juga sebab boleh bawa perlahan tanpa rasa bersalah. Lebuhraya KESAS pada aku tempat yang paling best bila pandu kereta (jika kita tolak yang polis peronda rajin pusing-pusing kat situ). Kalau jalan lain adalah jalan ke Perak, dari Klang ke Teluk Intan tu.
Memandangkan aku ni sukalah sangat kulukilir, jadi biasalah akan terjumpa dengan beberapa jenis pemandu di jalan raya – aku cuma menumpukan pada pemandu kereta sahaja. Let me list out:
1. Kereta yang suka ‘makan angin’ di lane laju. Aku tahu mereka ini nak ikut speed limit, contohnya di Elite Highway, speed limit is 110km/j, and yes, diorang pandu pada 110km/j di lorong paling kanan, tapi jika ada sebuah kereta di belakang yang pandu 140km/j di lorong paling kanan, a common sense, you should give a way to that car.
Tak perlu nak tunggu kereta belakang buat high beam baru terhegeh-hegeh nak masuk tengah. Sambil ko masuk, ko pun membebel, “Nak gi mana ntah laju-laju tu. Nak berak agaknya? ” Hey, mungkin memang betul dia nak berak.
2. Pemandu kereta yang tak reti bahasa walaupun telah diberi high beam. Pemandu macam ni, lebih baik di sekolahkan semula.
3. Pemandu yang malas nak beri signal membelok. Ok, aku pun guilty juga part ni, tapi, biasanya aku tak beri signal jika tiada kereta di belakang ataupun kereta di belakang berjarak dengan kereta aku (alasan!). Tapi, ada juga sesetengah orang yang tidak memberi signal apabila ada kereta, dan hanya memberi signal apabila tiada kereta. My ex once told me,







