May 21st, 2011 , life, my photo, shopping

My first maxi dress – revisit

Dua tahun lepas aku ada beli maxi. December. Beli sekaligus dua helai. Kalau ikutkan, tak dikira my first maxi since I bought two. Tapi, tak kisahlah. Satu aku dah jual, tapi lagi satu tu sayang nak jual, ntah kenapa ntah. To tell the truth, aku hanya pakai sekali sahaja (seingat akulah..).

Tapi, sejak berbadan dua ni (cewah!), aku rasa maxi tu sangat berguna. Cuma, kalau diperhatikan, aku nampak gemok berbanding gambar masa dulu – back in 2009. Hahaha.. Tak sedar diri.

Jadi, bila pergi kerja pakai maxi ni, penting untuk mendokumenkan dan menjadi tatapan umum (duh??). Gambar malap sebabnya a) guna hp b) balik kerja pukul 8pm rasanya. Yolah..Bokojo sekueknyo.. Ok, one thing for sure, aku tak pergi kerja pakai Hunter itu. Mana tah kasut aku, dalam gambar tak nampak. Cuma pakai boot tu sebab gian nak posing. Bila aku dapat pakai lagi ye?? Baru tiga kali je pakai. Nak jual sayang tuh..

Hari yang sama dapat tiga parcel sekaligus. Beli tops, maxi (eceh..tapi kain lycra, ketat kat perut..lalala) dan skirt. See..

Bila nak pakai? Semuanya lepas beranak. Aku ada banyak baju untuk dipakai selepas bersalin. Which is due on… lalala..

Oklah..aku nak mencuba makan di William malam ini. Sodap ke tidak? Plus, macam nak hujan. Dari yang aku baca, macam warung je..tempias tuh kalau hujan.

Hari tu makan steamboat kat Mardi. Pergilah, not bad..

Sekian.

Background by Morgan Lofing – ambil dari Smashing Magazine.

May 16th, 2011 , life, shopping

Set berpantang..lepa..

Aku mencari set masa berpantang, kononnya penting untuk lepas bersalin. Hahaha..Kenapa mesti sebut konon? Duh! Bukan memang penting ke? Bersalin pun tak lagi. Hahaha… Preparation tu penting. Dan sementara duit ada, ye dak?

Aku kan suka terpengaruh dengan blog orang, jadinya, dari pembacaan aku, ramai yang suggest beli Set Leesa Formula.

Dan, aku pun ada tanya colleague, dia kata dia pun pakai set yang sama. Dari situ, aku pun bersemangat mencari yang paling murah. Konon-konon mana tahu dapat set premium bawah RM300. Hahaha..

Cuma aku tak faham dengan gambar kotak pada perkataan set ibu bersalin. Apa kaitan dengan menyusu? Ke set ibu menyusu. Hahaha..Itu pun perlu pertikai ke?

Anyway, ketemu jua, RM300 plus RM7 delivery by hand (betul ke ayat tu?). Ok, tipu, tu lebih dari RM300. Tak kisahlah, yang penting semalam bayar, hari ini dapat. Bau herba pening kepala aku. Aiyo..buat gue takut nak beranak je.. Ahah, lupa nak cakap, set tu kebanyakannya orang jual RM350. Bangga jugak dapat beli murah. Tapi, kalau ada orang jumpa yang lagi murah, nasiblah..Wahahaha..Oh ye, just fyi, aku beli dari kedaijamuwanita2u.

Apa isi dalam?

Tablet Haruan, Tablet Prawan, Ginger Cream, Body Contour Gel, Bengkung Correctuer, Minyak Telon, Pek Tungku Herba, Cotet Emas Uncang + beg free.

Yang aku tulis di atas itu aku copy paste dari website dia. Harap-harap oklah. Weih, takut gue nak beranak. Huhuhuhu..

ps: Selamat Hari Guru kepada kakak saya.

Kalau website zoo macam Ecodazoo..memang menarik.
May 15th, 2011 , random, shopping

Oh, Wondermilk..

Kadang-kadang pengaruh dari pembacaan blog orang lain ni akan memberi impak kepada kita.
Exhibit A: Oleh kerana teringinlah sangat nak makan cupcakes, mencarilah konon-konon kedai cupcakes yang sedap.
Ini yang menyebabkan terserempak dengan kedai bernama Wondermilk secara online. Tapi, kerana kurang kesabaran, lebih baiklah kalau menjejakkan kaki ke kedai itu sendiri.

Jadinya, sebelum jejak kaik, kita kene survey dulu websitenya, dan sungguh menarik pilihan yang boleh dibuat. Cuba tengok gambar di bawah.

Semangat tu penting.
Tengahari tadi, memaksa encik suami bawa pergi beli cupcakes tersebut.
Akhirnya berjaya membeli 2 kotak. Wuhuuu..

Perasaan selepas makan:-
Rasa: 2.5/5
Harga: 3/5 (to be fair, yelah, nak bayar lot kedai lagi compare tu jual secara online)
Jarak: Puchong ke Damansara Uptown, jauh jugak tau 3/5
Keseluruhan: 2/5 – takmo dah makan cupcakes.

ps: mungkin orang lain kata sedap, tapi, baik aku pergi beli kek Secret Recipe.

Sekian.

May 8th, 2011 , ghetique, life

Si Puning hilang..

Puning aka kucing aku yang latest edition sudah hilang sejak dari hari Rabu pagi sehingga sekarang.
Macamana rupa Si Puning?

Macam gambar di bawah ini.


Huhuhuhu.. Pulangkan lah kucing aku..

Not a fan of Hikayat Merong Mahawangsa. Mungkin sebab pelakon utamanya kot.

ps: Puning pulang semalam, 06.06.2011. Yippie!

Page 3 of 3212345102030...Last »