March 16th, 2009 , humor, life
Aku orang kuat
Aku akan jadi kuat.
Suara aku akan bertambah macho.
Otot aku akan mengembang.
Hahahaha…
Ini kerana aku telah membeli

John Rambo pun akan kalah dengan aku.
Aku akan jadi kuat.
Suara aku akan bertambah macho.
Otot aku akan mengembang.
Hahahaha…
Ini kerana aku telah membeli

John Rambo pun akan kalah dengan aku.
Selamat sejahtera Mr. Tes.
Saya adalah pelanggan setia Mr. Tes. Mungkin tidak menyumbangkan banyak dana kepada Mr. Tes, tetapi saya pergi ke kedai Mr. Tes setiap minggu. Jika dibandingkan dengan peniaga-peniaga semestinya sumbangan saya amatlah rendah. Saya suka pergi ke kedai Mr. Tes kerana saya merasakan barang-barang yang saya perlukan lebih murah di sini berbanding dengan kedai Mr. Car dan Ms. Gi. Saya sangat teliti dengan harga barang meskipun RM0.20 kerana saya suka beli dalam kuantiti yang banyak.
Tetapi, baru-baru ini, saya berasa kecewa apabila saya ingin membeli air jenama Mr. Tes. Cuba Mr. Tes tengok harganya,

Mr. Tes boleh lihat perbezaan harga. Mari saya buat kira-kira:
Nama saya Ghetique. Saya tidak mempunyai memori tentang kelahiran saya. Ini kerana setelah saya sedar, saya cuma tahu saya berada di dalam lubang. Lubang itu sangat gelap. Saya takut. Sehinggalah pada suatu hari seseorang yang baik hati iaitu kawan saya telah menyelamatkan saya.
Ada beberapa perkara yang saya tidak faham: Saya mempunyai bulu. Banyak pula tu. Saya pun pelik kenapa kawan saya tidak mempunyai bulu sebanyak itu.
Saya sedar saya tidak secomel kucing parsi, walaubagaimanapun, saya berasa bangga kerana kawan saya selalu memuji bulu saya halus. Halus? Entahlah. Saya pun tidak faham.
Saya selalu tertanya-tanya mengapa saya mempunyai empat kaki. Kawan saya hanya mempunyai dua kaki. Saya juga mempunyai ekor. Kawan saya tiada ekor. Mungkin sebab kawan saya betina kot? Ataupun, adakah saya dilahirkan cacat? Huhuhu…
Saya juga baru tahu warna badan saya dipanggil tabby. Itupun setelah saya jatuh sakit (sebenarnya saya cirit birit…malu nak cakap) dan dibawa ke klinik. Kawan saya tergelak-gelak sebab katanya,“Dia sakit pun tak pergi klinik.” Kemudian, semasa pendaftaran kawan saya seperti malu-malu nak sebut nama saya. Nama saya GHETIQUE lah. Ejaan itu pun kawan saya tukar atas saranan Kak Syafa, kawan kepada kawan saya. Saya bangga dengan nama saya. Kenapa kawan saya macam malu-malu? Pelik.
Ada orang cakap saya ni slim. Slim ke saya? Tapi bukan ke semua orang nak slim? Kenapa perlu cemburukan saya? Kadar metabolisme saya tinggi. Saya makan 5 ekor ikan sehari. Kadangkala 6 ekor. Kawan saya rebus ikan, siap letak garam dan kulit kayu manis. Sedappppp… Tapi, saya mungkin slim kerana saya tidak makan nasi kot. Tiada karbohidrat. Saya juga makan Friskies sebagai kudapan. Salah ke cara pemakanan saya itu?
Saya ni penakut. Jadi saya selalu tidur dengan kawan saya. Selimut lain-lainlah. Tapi, kadang-kadang berkongsi seliumut. Dia pakai quilt. Mana aci saya pakai comforter murah je. Tetapi, kesan tidur dengan kawan saya: kadangkala saya nak keluar dari bilik tidur pun susah. Sebab pintu bilik ditutup. Dan saya tak sampai nak pulas tombol pintu itu. Dah puas saya kejut dia tak dengar. Apa taknya, saya suka buang air besar di tandas tingkat bawah. Lecehlah kene tahan kucilan itu.
Walau apapun, saya bahagia tinggal dengan kawan saya. Dia memberikan segala apa yang saya kehendaki. Dia menemankan saya pergi berjalan-jalan. Menyelamatkan saya dari kucing yang buas. Tapi saya tak mahu bercerita tentang kawan saya. Hari ini saya nak bercerita tentang apa yang saya suka.
Sesapa yang ada kucing, kita patut sentiasa berwaspada dengan kucing peliharaan kita itu. Mana tahu, sebenarnya mereka ini mempunyai plot untuk membunuh kita. Walaupun tak seganas anjing, tapi kucing juga berbahaya. Cuba tengok contoh si Catwoman tu (versi Michelle Pfeiffer, ye..). There are several ways to tell if your cat is plotting to kill you. Look at this links by Matthew Inman: catswhothrowupgrass.com/kill.php. Jadi kepada sesiapa yang membela kucing, beware…
Oh, ye… Off topic,
GONG XI FA CHAI!!!
Have an OX-PICIOUS NEW YEAR…