April 10th, 2012 , daniel, life, solid food for daniel

Cerita bergambar En. Daniel

Ini saya waktu tidur. Mana mama nak tidur? Mama mana tidur. Asyik dok dengan laptop dia je.

Saya tak suka makan ini. Eh, bukan, saya tak pandai makan spaghetti. Apa resipinya?
Butternut squash, spaghetti, puree/stock ayam homemade, telur kuning (tercampur yang putih sikit..hehehe)

Saya suka nasi goreng. Tapi kene lembik-lembik sikit.
Ini mama saya masak. Resipi: Beras perang, bayam, sikit ayam, bawang besar, bawang putih, zucchini yang disagat.

Ini resipi minggu lepas. SAYA SUKA. Mak TERPAKSA cuti sebab maid balik kampung. Mak saya kukus – Carrot Cake.
Mak saya guna carrot yang disagat, cream cheese, yogurt, kuning telur, air sikit, tepung atta sikit, oat sikit.

Masih lagi resipi semasa mak saya TERPAKSA cuti. Macaroni and cheese lah sangat padahal tomato homemade + cream cheese + bawang + jintan manis. Saya suka, tapi bila dah kenyang, dia keluar balik.

Ini saya menikmati mangga. Saya sangat suka mangga.

Sekian terima kasih. Kita bertemu lagi nanti..Dah ngantuk sangat nih. Tapi mama nak tengok Revenge kat Star World.

March 23rd, 2012 , shopping

Online shopping – hampeh!

Pertama kali kene tipu, Duh! Lupalah, salah pos lah, tracking no. salah…Huh..Dah kaya pun buat orang macamni..

February 25th, 2012 , daniel, life

From Jan. 2012 to Today

Latest…

25.02.2012: 8months and 11 days. Dah 4 batang gigi.

p/s: Nampak tak mesin oxygen concentrator kat belakang itu? Itu mak aku punya. 24hours kena guna due to kanser hati dan paru-paru. Huhu..

19.02.2012: Makan time.
Pasta dan tomato sauce (recipe dari food4tots)


p/s: Nampak tak baby walker itu? Dia suka berdiri di dalam baby walker itu instead of jalan-jalan. Ok, ada argument cakap jangan guna, tapi, Daniel taknak meniarap dan dia asyik nak berdiri. Letih mamanya nak pegang.
p/s/s: 9.1kg berat.

Masih tarikh yang sama. Snack. Makan smoothies. Mangga blend dengan yogurt dan kurma. Yummie!

Nak ajar BLW, tapi end up dia dok ketuk-ketuk biji mangga tu. Tu yang mangga jadi smoothies. Cuba lagi lain hari.

Masih lagi tarikh yang sama. Pagi sebelumnya. Binatang buas mana yang berani gigit anak aku ini! Tapi dah recover sekarang. Pergi Klinik Kanak-kanak Dr. Chan. Dan on the same day suntik pneumococcal.

OOT: Stok EBM mama yang nazak 2 bulan lebih yang lepas. Pastu dapat recover sekejap. Sekarang nazak balik. Huhuhu..Production tak memeberangsangkan sebab kadang-kadang 5 minit je dapat buat. Dapat lah 5oz. Huhu..

02.01.2012: Pergi IKEA. Nak nangis. 2 kali. Letak atas katil kat situ, terus senyap. Huh. Pelakon terbaik.

01.01.2012: Pasar Tani Shah Alam. Ada rupa tak tukang pegang dengan gorilla tu? Hahaha..

Isnin ni, 27.02.2012 – follow up dengan doktor neuro di PPUM.
4 bulan lagi dengan doktor mata di HKL semula.

Sekian. Terima kasih kerana membaca.

December 8th, 2011 , daniel, life

Daniel – PPUM

Kisah bulan Oktober..

9.10.2011: Ayah kembali ke Rahmatullah.

18.10.2011: Mama masuk Hospital Serdang.

Kisah bulan November..

1. Di trauma dan emergency PPUM – 03.11.2011 at 5am.

2. Di PICU – wad pediatric 1 PPUM. Selepas operate.


more →

Page 2 of 3312345102030...Last »