My crush, crusher, crushest.. LOL..

• tag under:
May
17
2009

Bersempena dengan konsert Search yang sudah bermula dan lambat lagi nak sampai ke Klang Valley, aku terasa nak buat satu post yang ada sikit-sikit kaitan dengan diorang.

Tetapi, sebelum itu, aku nak beritahu, aku nak sangat pergi konsert Search, tetapi, gila hape pergi sesorang? Lagipun, aku bukanlah peminat tegar Search. Setakat lagu seperti Isabella, Fenomena, Kejoraku Bersatu, Seroja, Laila Namamu Teratas, Fantasia Bulan Madu, Rozana, Mentari Merah Di Ufuk Timur tu apalah sangat. Hahaha..

Ok, aku cuba Google perkataan Search ie kumpulan Search without perkataan kumpulan, dan ini hasilnya,
search

Oleh kerana itu, aku download youtube, dan snapshot kan gambar untuk memudahkan pemahaman.

Ok, aku nak pergi konsert tu sebab manalah tahu, Amy akan pakai macam ni lagi…

Hahaha… Berdebar tuh.

Move on.

Kita kembali kepada post title aku.

Dulu, masa aku kecik-kecik, aku pernah jatuh cinta pada seorang lelaki ni. Tak tahu kenapa aku rasa dia sangatlah seksi. Mmmm… Handsome kan mamat ni? love

David Bowie dalam Labyrinth. Aku tak ingat pada umur berapa cerita itu ditayangkan di Malaysia, tapi aku agak around tahun 1989-1991 kot.

The first time I saw him, fuhhh… Aku terus jatuh cinta dan terus menyematkan di hati ini, dia seorang yang seksi. Tengoklah seluar yang dia pakai. Macam Amy Search dalam gambar di atas (see, ada kaitan kan?). Cuma Amy kurang seksi berbanding David Bowie.

Kemudian, bila aku dah besar sikit, aku merasakan mamat ni sangatlah gorgeous. Tetapi tidak seseksi David Bowie. David Bowie always in my heart tounge.

Dan itu sekitar tahun 1993, sebelum dia tak sayangkan nyawa dia. Aku agak lambat kenal Nirvana, tetapi, seriously, lagu diorang memang tersangat fuhhh (pada akulah).

You never know, lightning could strike ~ William Parrish

Jadi, sudah dua orang yang membuat hati aku dipanah petir. Dan aku stop sampai situ. Sehinggalah munculnya Simon Baker. Itupun setelah aku tengok Smith. Tahun 2007 kot. Ini sekaligus menendang David Bowie dari menjadi raja seksi di hati aku.

The funny thing is, aku tak boleh tengok dia berlakon. Rasa macam cair, rasa jealous pun ada. Selalu terfikir nak kahwin dengan dia. Huh. Ada hati, padahal kafir. Ecececeh. Dan yang paling penting, dia berlakon bukan sedap mana pun. Hahahaha…

But in real life, pada aku, lelaki akan nampak seksi apabila dia boleh membaiki peralatan elektrik, dan membuat kerja pengubahsuaian sendiri berbanding upah orang. Setakat nak drill dinding pasang langsir, pasang frame, pasang cermin, tukar fius, starter, tube, pasang lampu, cabut almari, pasang almari, angkat almari (macammana nak angkat, itu belakang kira), angkat sofa, cabut katil, pasang katil (itu pun kalau guna allen key…hahaha…), ataupun mengecat, hatta lapah lembu, aku pun boleh buat. Cewah. Berlagak. But, mind you, aku hidup tanpa kehadiran lelaki di dalam rumah sejak kecil lagi, jadi, semestinya perkara yang kecil-kecil itu aku kene tahu. Jadi, in real life, pada aku, lelaki itu akan jadi seksi, jika mereka tahu lebih dari itu.

Kesimpulannya, mmmm… itu jelah post membazir masa dari aku. Maksud tersirat aku adalah, aku nak tengok Search. Huhuhu…

Random: Bila kali terakhir aku pergi tengok konsert ek? Linkin Park kot.. Lama dah tu.

Related posts:

No Responses to the above story-morry

Leave a
Comment ↓

Share your thought, type a comment