Cuba cerita apa masalah ko?
Ini cerita dah basi, orang kata kalau masak nasi tu dah jadi tapai siap boleh berair-air ada tumbuh kulat, lepas tu kering, eceh, akan tetapi aku nak jugak cerita jugak sebab aku dah lama tak bercerita.
Malam Sabtu ntah berapa kali Sabtu yang lepas aku pun tak ingat, aku kelaparan, aku pergi ke Puchong Permai, alaaa..yang ada gerai banyak-banyak kat tepi tu. Tapi, ntah hapa ke malangnya, takde parking. Diorang ni makan ke tolong masak sekali?
Aku ingat nak u-turn kat Puchong Prima (ye ke nama tempat ni?). Kemudian, keting..wink..wink..aku nampak sebijik restoran yang macam gah lah. Ntahapakenamanya. Aku nampak perkataan tomyam. Asal tomyam je otak mesti cakap mesti sedap. Padahal, ntah sedap ke tidak.
Perut dah berbunyi lagu Hujan. Dahlah aku sikit pun tak minat kumpulan Hujan. Hujan? Ribut? Sape? Tertekan jiwa dan raga aku tau! Aku parking betul-betul depan kedai. Ok, pertama, aku tak matikan enjin. Agak annoying lah kot untuk orang di sekitar situ, on second thought, orang sekitar pun agak jauh sebenarnya. Dahlah menggunakan diesel. Tak eco friendly langsung. Duh! Yang kedua, sebab aku tak matikan enjin, mak aku dan Ghetique ikut sekali. Ok, by this time, memang dah sah Ghetique ni berada di mana-mana. Menakutkan betul.
Aku turun dengan penuh cool, padahal nak tersembam tak perasan ada akar pokok besar terkeluar.
Cinabet punya pokok. Punyalah banyak tempat kat Malaysia, kat situ jugak ko nak tumbuh. Kemudian aku ambil tempat dekat dengan tv. Betul-betul di belakang sepasang tipikal couple Melayu. Kenapa aku cakap tipikal? Sebabnya korang perasan tak, orang Melayu, kalau bercinta, mesti nak duduk sebelah menyebelah masa makan. Kenapa ye? Lebih akrab gitu? Kan lagi best duduk bertentang mata. Boleh tolong tegur kalau ada cili kat gigi. Anyhoooo, this is a free country you know.
Cerita balik pasal couple tu. Part ni yang aku tak tahan. Aku pakai cermin mata malam tu. Biasanya aku akan bukak cermin mata bila turun kereta beli makanan, kononnya habis macho lah padahal tak berapa nak nampak. Si minah nih boleh tertoleh-toleh tengok aku.
Ok, mungkin aku perasan sesorang. Aku kan syok sendiri. Yelah, aku kan lawa. Buwekkk! Tapi, betul. Aku memang lawak. Eh, lawa. Wa tak tipu la. Lebih dari 6 kali dia toleh. Aku pun tak faham kenapa. Ps: aku kira tau. Sampai yang keenam, aku dah boring.
Mula-mula aku perasan mungkin dia menoleh sebab takut aku tengok tangan dia di peha lelaki tu. Ok, aku perasan part tu. Hahahaha.. But for the rest, dia takde buat apa-apa yang menaikkan nafsu syahwat aku pun. Setakat raba-raba peha lelaki tu, apa kelas. Yang peliknya, sangat obvious dia menoleh, since kitorang adalah a few times bertentang mata.
Aku lupa nak perasan, lelaki tu handsome sangat ke tidak. On second thought, mesti tak handsome, sebab aku tak perasan. Lelaki atau perempuan kalau handsome/lawa, kompom ko akan perasan punya walau dia dok tengah korek hidung. Lepas tu ko pun mesti cakap, “harap muka je hensem/lawa, tapi perangai sememeh.” Betul tak?
Nak kata dia jeles dengan aku. Memang dia patut. Aku comel. Aku bawak kereta besar. Yes, she should. Kahkahkah..
Tapi, hello kak..very the obvious you tertoleh tengok i, you know. Makanan you udah habis. You tak tengok tv. You obviously bukan tengok kat orang kat belakang i which is none. Eh, ke ada mende kat belakang i? Takutnya..
Aik, sejak bila aku ber i, you ni. Pengaruh rakan sebaya betul.
Camnilah..a lesson to learn, belajar cara menoleh/mengintai dengan betul. Kalau nak sentuh-sentuh, nak mesra-mesraan, cari bilik la wei! Oppsss.. silap..kahwinlah wei! Takde you nak jeles dengan i yang comel ni
and fyi, i pun dah kahwin lah cuma i nampak muda je. Awww.. Ke ada sebab lain you tengok i? Serious. Takyah lah cakap. I memang tak nak tahu.