Archive for the ‘random’ Category
Kucing mati jika ambil gambar?

Dulu, dulu-dulu, aku ada bela kucing. Masa tu umur aku lebih kurang 9 tahun. Eh, sebenarnya bukan aku, bapak aku. Dia suka bawak balik kucing. Rasanya semua kucing yang di jumpa dekat mes dia bawak balik kot. Rumah aku jadi tempat penternakan kucing.
Berapa banyak?
Hampir 20 ekor (jap, mungkin lebih). Huh.
Yang best tentang bapak aku dan kucing-kucingnya?
Beli ikan untuk kucing yang mahal, tapi beli ikan untuk anak dia yang murah.
Tu sebab aku sayang bapak aku. Dia sangat menyayangi binatang. Tak baik tau kasik makanan murah kat binatang, nanti kalau kucing nak muntah, dia muntah merata. Manusia takpe, kalau muntah reti cari tandas. Betul tak?
Eh, lari tajuk pulak.
Okaylah, apa kaitan dengan tajuk di atas?
Dulu-dulu, aku tiada kamera. Menumpang orang je kalau nak ambil gambar. Kebetulan jiran aku ada kamera. Jadi, rajinlah aku menumpang. Kebiasaannya, semasa kitorang bergambar, adalah dalam beberapa ekor kucing tak sedar diri ini akan turut serta.
UK? United Kingdom? Europe?
OK, let me get this straight, Geografi bukanlah subjek kegemaran aku masa form1-3, even though aku dapat A dalam PMR. Jadi, apabila aku chat dengan che puan ariffah baru-baru ini (errr…dalam 3 minggu lepas sebenarnya – tulis dah lama, tapi tak publish), terkeluarlah cerita berkaitan geografi. Due to cerita pasal castle di sana. Cipun, bila ko nak amik gambar close up castle tuh?
Sila gelakkan aku for my lack of knowledge in geography.
Cipun kerja di Edinburgh. Aku selama ini aku ingat Edinburgh di UK/United Kingdom. Jadi, betullah tu kan? Takdelah teruk sangat kan? Tapi, aku tak tahu Edinburgh itu dalam Scotland, capital of Scotland. Ok, sila gelakkan aku. Eh, jap, cerita tak habis lagi. Kemudian terkeluar tentang United Kingdom. Di sini terserlah ketidaktahuan/kebodohan aku. Selama ini aku ingatkan United Kingdom adalah England. Hell no! I was wrong all this time.




