Archive for the ‘random’ Category

 

“Things” that make me happy

Posted on Tuesday, September 27th, 2011 under random


How I met Your Mother – Season 7 sudah bermula!

Random..

Posted on Saturday, August 6th, 2011 under daniel, life, random, shopping

1. Minggu lagi satu – 15hb mula bekerja. Cepat sungguh masa berlalu. Apa yang berlaku dalam masa nak dekat 2 bulan ni? Banyak. Kita tahu true colors orang. Apa perasaan menjadi seorang ibu? Ntah. Hahahaha.. Masih kekok. Terukkan? Masih tak pandai nak menenangkan Daniel bila dia melalak. Oh, ye. Dia bukan jenis yang ek, ek, ek punya, jenis yang UWAAAAAAAAAAAAAAA… And unfortunate, mak nya tak pandai nak comfort. Memang ada ye baby yang cenggini. Melalak kuat. Dan yang paling tak best adalah, dengan orang lain dia ok je. Sehinggakan mak aku cakap, aku tak ikhlas. I mean seriously? Kecik hati sungguh. Dan, husband pulak, mmmm… Anyway, even dia takmo dengan aku, minggu lepas berat 5.09kg. Membesar menggunakan susu ibu (ngelat..).

ps: Aku nak elakkan pacifier,tapi, mmmm… maaflah..

2. Bercakap pasal susu ibu. Cabaran sungguh. Betul. Nak kata takde support, macam ada. Tapi lebih kepada macam takdelah. Susu tak cukuplah. Susu sikit. Daniel tak puas. Daniel lapar. Blablabla.. Mmmm… Minggu pertama dan pertengahan minggu kedua, redha je lah bila mak dan husband top up dengan FM. Tapi, aku gagahkan diri suakan susu cap gantung kat Daniel. Yelah, dah tak stimulate, macamana nak ada. Betul tak? Takkan nak guna breastpump semata-mata, sementara masih ada peluang, suruhlah nyonyot.

Read the rest of this page »

Oh, Wondermilk..

Posted on Sunday, May 15th, 2011 under random, shopping

Kadang-kadang pengaruh dari pembacaan blog orang lain ni akan memberi impak kepada kita.
Exhibit A: Oleh kerana teringinlah sangat nak makan cupcakes, mencarilah konon-konon kedai cupcakes yang sedap.
Ini yang menyebabkan terserempak dengan kedai bernama Wondermilk secara online. Tapi, kerana kurang kesabaran, lebih baiklah kalau menjejakkan kaki ke kedai itu sendiri.

Jadinya, sebelum jejak kaik, kita kene survey dulu websitenya, dan sungguh menarik pilihan yang boleh dibuat. Cuba tengok gambar di bawah.

Semangat tu penting.
Tengahari tadi, memaksa encik suami bawa pergi beli cupcakes tersebut.
Akhirnya berjaya membeli 2 kotak. Wuhuuu..

Perasaan selepas makan:-
Rasa: 2.5/5
Harga: 3/5 (to be fair, yelah, nak bayar lot kedai lagi compare tu jual secara online)
Jarak: Puchong ke Damansara Uptown, jauh jugak tau 3/5
Keseluruhan: 2/5 – takmo dah makan cupcakes.

ps: mungkin orang lain kata sedap, tapi, baik aku pergi beli kek Secret Recipe.

Sekian.

Barang berjenama, perlu berkira ke?

Posted on Saturday, April 16th, 2011 under random

Aku tak tahu nak buat tajuk apa. Redah je lah.

Tadi aku bercakap dengan en suami. Aku mencari nursing bra. Dia pun bagitahu, budak ofis dia beli kat Giant/Tesco (yo ko? hahaha). Murah-murah je. Aku selalu fikir mende ni. Maksud aku, barang yang dipakai di badan, ada sesetengah orang, memang berjenama dari atas sampai ke bawah. Ada yang mungkin pakai separuh mahal, separuh agak murah. Ok, berbalik pada kemampuan sendiri lah.

Macam aku, barang paling mahal aku beli ada beberapa. Tapi semuanya pada kasut dan beg. Exhibit A adalah beg Coach dan kasut-kasut. Yang paling mahal adalah Stuart Wietzman.
Stuart Wietzman shoes

Kenapa dua barang ni mahal?

Kenapa kalau beli tudung aku berkira ye? Contohnya, kalau tudung bawal tu, kalau boleh nak bawah RM40. Dah tu nak pakai tudung bawal nak yang bersulam atau manik-manik. Jahitan tepi taknak yang benang kaler-kaler tu. Nanti nampak murah. Masalahnya atas dari RM40 tak nak beli. Shawl, kalau boleh nak beli RM10 ke bawah sahaja. Nak yang cantik sahaja. Nasib tak pakai tudung sarung tu. Kalau tak Ariani sehelai dah berapa? RM70 ek untuk yang plain? Baju, kalau boleh dapat bawah RM20 kira dah happy sangatlah. Pergi jusco, nak beli waktu sale sahaja. Even yang lingerie pun pakai yang murah-murah. Mana beli panties? Giant? Hahaha.. Err..a few months back cuba beli Victoria Secret, tapi macam tak best. Cuma, seriously, memang boost confident. Sungguh! Hahaha..

Terasa bias pun ada, yelah..kenapa kasut dan beg mesti mahal? Untuk menyedapkan hati sendiri, kasut mesti selesa sebab nak berjalan, bag mesti tahan lasak. Kualiti seh. Tapi, on one part, hello..tudung, baju, seluar kan untuk menutup apa-apa yang patut ditutup. Kemudian, inner wear, itukan bahagian yang paling intimate. Yang sepatutnya dijaga lebih. Hehe.. Kenapa perlu berkira?

Aku tak pastilah orang lain macamana, tapi, ada ke orang yang macam aku?

Syafa, erry: Ya, tepat sekali. Hahahaha.. Dah keluar nanti aku bagitahu. Kenapa guna contact form? Blog aku boleh komen sebenarnya. Hihihihi..
Page 1 of 111234510...Last »