Archive for the ‘people’ Category

 

Jiran kakakku yang kelakar

Posted on Thursday, September 11th, 2008 under life, people

Cerita ini adalah berkenaan jiran kakak aku di Manjung.

Kakak aku tinggal di Manjung, Perak. Sebelum ini dia tinggal di rumah cikgu di Pantai Remis dan dia berpindah ke Manjung tahun lepas kerana suami dia beli rumah di situ. Buat pengetahuan, suami kakak aku Navy, ye. Dan, oh, mak aku sangatlah rajin pergi sana, yelah… anak kesayangankan…

Oleh kerana kerajinan bertandang ke rumah kakak aku, satu hari, mak aku terfikir nak tanam pokok di tanah berumput di hadapan rumah kakak aku tu. Sila tengok gambar di bawah.

Yelah, dia tengok orang lain yang rumah berhadapan ada yang buat, jadi dia pun nak tirulah jugak. Lagipun, tanah depan rumah kakak sekangkang kera je. Mak aku tanya Majlis Daerah Manjung samada dibenarkan tanam ataupun tidak, dan diorang kata, “wokeh makcik, takde masalah, tanah tu under Majlis Daerah”. Jadi, mak aku pun tanpa berlengah lagi, beli pokok mangga, dan pokok apa ntah dan memulakan sesi menanam pokok. Lagipun, rumah tepi tu tak tanam apa-apa pun kat situ. Ini pada bulan 4 tahun ini. Perlu diingatkan, jiran hadapan tu dah menduduki rumah itu jauh lebih awal dari kakak aku.

Dan kini bermulalah cerita yang kelakar, petang itu mak aku tanam pokok tu, dan kebetulan petang tu jugak kitorang balik KL semula. Esok pagi-pagi kakak aku telefon, dah ada pokok lain yang tumbuh. Kakak aku agak, orang rumah tepi tu, malam tu jugak pergi beli pokok dan tanam pokok malam-malam kot. Tapi, tak kisahlah, itu tepi rumah diakan… Tapi, yang kitorang nak gelak sebenarnya, kalau betul dia tanam pokok kat luar rumah, tapi kalau tengok halaman rumah dia (rumah lot tepi tu besar jugak halaman dia), dia tanam lalang. Subur pulak tuh. Tu yang tak tahan nak terguling-guling bila tahu dia buat macam tu.
Tengok gambar di bawah,

Read the rest of this page »

PTPTN oh PTPTN

Posted on Tuesday, August 19th, 2008 under life, people

P/s: Post ini bukan untuk bekas graduan tahun 2007 dan tahun minyak naik. Mereka tidak bernafas lagi. Post ini hanya untuk mereka yang dah lama graduate dan kepada mereka yang tak habis pun belajar lagi (tapi terima kasihlah kerana perjuangkan hak orang yang dah habis belajar, eh, maaf, hak diri sendiri). – Oleh kerana aku telah membuat kengkawan terasa, aku dengan rendah diri minta maaf di atas kekasaran bahasa aku.

Pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hanya perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak satu peratus berikutan keputusan Kabinet semalam bersetuju menurunkan kadar caj berkenaan, berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Berita Harian

Itu cerita minggu lepas. Satu rahmat kepada aku. Eh, silap. Kepada suami aku.
Terima kasih PTPTN.
Tapi, bukan penurunan ini yang aku nak bebelkan.
Berkaitan dengan satu sms dalam Sinar Harian yang aku baca minggu lepas.
SMS oleh Bekas Graduan 2000.
Aku malas nak taipkan satu persatu, tapi lebih kurang begini:

Read the rest of this page »

Page 6 of 6« First...23456