Bagaimana mahu menjadi popular?

• tag under: &
Aug
11
2009

Jika aku masih chubby seperti zaman sekolah, mesti takde sape pun nak kat aku, even husband aku (berani potong jari). Hahaha..

Dahulu, masa aku sekolah rendah aku chubby, loner, unpopular. Alaaa.. kita tahukan, zaman sekolah hanya ada empat group sahaja, yang cantik/handsome, yang betul-betul pandai, yang bersukan dan yang nakal. Average? Jangan harap orang perasan. Itu aku masa sekolah rendah. Cuma, mungkin sebab aku hanya pandai (pandai dikira keseluruhan darjah asyik dapat top 3 whereas aku top 10 sahaja), jadi tak semua kawan sekolah perasan.

Kemudian sekolah menengah. Cycle itu berulang. Cuma sila tukar yang nakal kepada jahat. Masa sekolah menengah harian, aku masih lagi chubby dan pandai (duh!) bezanya aku berkawan dengan budak-budak perempuan yang memang terkenal dengan kecantikan mereka. Tip: Kalau nak cepat popular, berkawan dengan golongan-golongan popular. Jadi buat pertama kalinya orang perasan kewujudan aku. Terkejut beruk wa cakap sama lu. Tapi, ianya membuatkan aku terlebih sosial. Tambahan: Kalau dapat boyfriend kaki sukan dan digilai orang, satu bonus.

Masuk sekolah asrama, aku tetap chubby tapi tak pandai, aku rasa aku adalah bawah daripada average student. Unnoticeable. So I thought lah. Jadi, tahap keyakinan aku di paras paling rendah.

Selepas SPM, masuk Asasi. Kita enjoy. Lalalala.. Dan kemudian masuk universiti. A funny story happened, sebab habis Minggu Haluan Siswa aku dipilih jadi ad-hoc untuk program kolej which is kemudian senior perempuan nak tahu sape aku sebenarnya. Errr.. Terasa popular kejap. Dan, ye, aku tiada affair dengan sesapa. Tapi, to tell the truth, aku agak hanyut masa belajar di universiti dahulu. Jadi, aku tak ambil port dengan universiti.

Perbezaan antara sekolah dan universiti, golongan yang terkenal di kolej/fakulti adalah golongan kuat bersukan (still), kaki seni, pandai (still), anak orang kaya dan yang bercinta. Oh, tidak dilupakan, mereka yang cantik dan handsome (still). Cycle yang memang tidak dielakkan.

Jadi, jika anda nak sangat popular tetapi anda tidak cantik, tidak handsome, aku cadangkan cuba yang paling mudah iaitu cuba belajar lebih gigih. Itu dapat membuatkan anda popular. Percayalah. Dari sekolah rendah sampai ke universiti, itu sebenarnya method yang paling sesuai. Ke aku salah ek?

Ps: I need have to write something (that is why I merapu-merapik). I need have to talk to someone.

Related posts:

No Responses to the above story-morry

Leave a
Comment ↓

Share your thought, type a comment