42 jam yang lepas

• tag under:
Jun
01
2009

Meh kita bercerita. Panjang ceritanya. Ini cerita tentang kucing. Huh.

Post aku sebelum ini adalah berkaitan kehilangan enche Ghetique. Sekarang pukul 3.21 pagi semasa aku menaip ni. Ghetique hilang pukul 8 pagi pada hari Sabtu selepas aku lepaskannya dengan niat,“Kasiklah dia main kat luar, lagipun petang karang aku nak pergi Kompleks Sukan Negara.” Jeh..jeh..jeh.. dia terus keluar menghala ke arah jalan construction (isshhh.. tak reti aku nak explain). Dan itu kali terakhir aku nampak dia.

2 jam berlalu, aku pun tanya mak aku, enche Ghetique dah balik ke, he usually went out approximately 2 jam je. Actually, tulah maksimum dia keluar pun. Mak aku cakap, belum. 4 jam berlalu. Tiada bayang langsung. Biasanya kalau panggil nama dia, dia akan balik. Or at least, tunjukkan muka dia pastu, pergi jejalan semula. Alaaa… macam menjawablah, “Ghetique adalah kat luar ni.” Hahaha.. Aku sudah mula risau. Mula pusing-pusing favorite spot dia. Tapi hampeh. Tukang kebun rumah hujung cakap, “saya ada nampak itu kucing pagi tadi. Pastu tadak.” (sila cakap dengan nada Bangla.


Pukul 1 petang. 5 jam berlalu. Aku dah nak menangis. LMAO. Mak aku dah berair air mata. Ok, seem ridiculous sebab, ekeleh, baru 5 jam hilang, tu pun dah kecoh tahap dewa. Ishhh.. as I said before, maximum dia keluar pun 2 jam je tau.

7 jam berlalu. Aku dah jalan kaki pusing kawasan perumahan aku. 8 jam berlalu. Aku pusing lagi menggunakan kereta. Kemudian, jalan kaki semula. Masuk pukul 6 petang, aku dah jalan kaki 4 kali pusing kawasan perumahan aku. Kemudian pukul 7. Mmmm… menandakan 5 kali pusing menggunakan kereta. Setiap kali aku jalan kaki, aku berhenti tanya kat orang, ada nampak kucing tak? Huh. Ghetique bukan kucing, tapi, terpaksalah.

Malamnya. Officially aku dah menangis. Ok, sila gelakkan aku. Kitorang bukak sikit tingkap manalah tahu enche Ghetique balik. Selang sejam aku pergi jerit nama dia sampai pukul 10 malam. Lepas itu, tak proper lah jerit malam-malam. Kene hormat jiran jugakkan? Pukul 3 pagi perut berbunyi. Laaaa… aku baru perasan yang aku tak makan satu hape dari pagi tadi. Patutlah berbunyi-bunyi. Tapi, nama untuk makan, memang takde mood. Mmmm… Aku tertidur pukul 4 pagi. Dan terjaga pukul 5.30 pagi. Bangun je, mata sepet. Bengkak. jadi, boleh agaklah sekuat mana aku menangis. Kemudian, keluar lagi pepagi Subuh mencari Ghetique. Gilakan?

Pagi tu, aku ambil keputusan nak cuba masuk kawasan pembinaan SKVE Highway. Nasib pak guard dia baik. Dan nasib jalan dia tak seteruk mana. Tapi, kalau naik Storm, bestlah. Alaaa… korang bayangkan jalan tanah merah tu. Yang kemudian bongkah batu besar gila tengah diletup, macam tulah jalannya.

Selepas itu, pergi beli breakfast. Lapar tu. Aku taknak cipta rekod kat Malaysia. Yelah, takde pernah dengar lagi, orang Malaysia mati kelaparan. Dah tu, mati kelaparan sebab hilang kucing pulak tuh. Kemudian pergi Tesco (hahaha..sempat lagi tuh). Balik dari Tesco, pusing lagi sekali. Kemudian terasa macam dah nak give up. 36 jam berlalu. Ok, aku masih lagi berjalan kaki pusing mencari Ghetique. Give up konon. Lalalala…

Masuk pukul 5, aku dah buat poster. Hahaha…
poster

Sejam selepas itu, aku dan mak aku pusing lagi, dengan kereta. Singgah tempat pak guard, mintak tolong tampal poster. Kemudian, kitorang berhenti pada setiap rumah yang ada orang tengah melepak kat luar rumah mereka. Tanpa rasa malulah kiranya bertanya. Alaaa.. padahal, semalam dah tanya. Tapi, search area lebih besar hari ini.

Pukul 7 malam. Balik. Letih. Aku baru teringat, aku tak makan tengahari. Masak maggi. Takde selera nak makan nasi, even maggi sekalipun (padahal habis…hihihi). Masa dah habis makan, aku pun turun bawah (makan wajib depan tv, pastu nak makan kat atas pulak tu). Macam biasa, aku jerit nama Ghetique dari tingkap.

Tiba-tiba, ada seekor kucing masuk kawasan rumah. Aku pun apa lagi, kelamkabut cari kunci. Bila dah keluar tu, kucing dah takde. Mak aku macam pelik. Aku sibuk dok cakap, betul, ada. Takkan aku halucination pulak. Tak lama lepas tu, mak aku pun nampak, memang ada kucing lain, tapi bukan Ghetique. Hahaha… Lega. Kang mak aku cakap aku gila.

Pukul 11 malam. Aku masih mengintai tingkap bawah sambil memanggil Ghetique, tapi versi halus. Hehehe… 40 jam berlalu. Aku tertidur kat atas sambil tengok tv. Eh, ada ke orang tidur sambil tengok tv? Whatever. Dua jam selepas itu aku terjaga. Aku terasa macam Ghetique ada dekat je dengan aku. Aku pun bingkas bangun (bingkas? wallawei!).

Eh, eh, eh. GHETIQUE! Tengah lepak terbaring sambil pandang aku. Ok, memula takut jugak. Yelah, Astro Ria baru habis tayang cerita, Jangan Pandang Belakang (ecececeh… padahal tv tengah bukak AXN). Back to cerita Ghetique dah ada depan mata. Aku pun apa lagi, kelamkabut pergi tutup tingkap. Takutla dia keluar lagi. Kemudian pergi bilik mak aku. Apa reaksi mak aku? Peluk cium bagai nak rak. Huh. Dengan anak sendiri tak buat pun. Macam aku nak. Lalalala…

Aku kasi Ghetique makan. Tapi, dia macam tak lapar. Mana dia makan ek? Collar dia masih ada lagi, except for locenglah. Dah hilang. Sehingga aku habis tulis ini, aku masih lagi jenguk enche Ghetique, yelah, betul ke Ghetique aku dah balik. Huhuhu. Indahnya dunia.

Mmmmm… Bila difikirkan, besar betul impak seekor kucing, eh silap, Ghetique dalam hidup aku. Let me see, masa aku frust bercinta dulu, aku tak menangis sampai bengkak mata. Masa mak aku diagnosis cancer pun aku tak menangis, okaylah yang paling mudah masa aku miscarriage tahun lepas, aku tak menangis 2 jam berturut-turut ataupun masa mandi pun menangis (cara nak cover). Memang besar impak maksima Ghetique. Laparlah pulak.

Itu sahajalah cerita aku pada hujung minggu ini. Sekarang pukul 4.15 pagi. Kompom mengantuk nanti.

Related posts:

No Responses to the above story-morry

Leave a
Comment ↓

Share your thought, type a comment